Thursday, September 29, 2011

Chirpy-Cake @ Bazaar Ohh Bazaar, Rasta TTDI


Salam kawan-kawan. Sudah lama rasanya tak join bazaar sejak event RantaiArt tempoh hari. Jadi untuk mengubat rindu, kami akan berada di Bazaar Ohh Bazaar pada 8 Oktober 2011 (Sabtu) dari jam 6 petang hingga 1 pagi. Anda boleh jalan-jalan di bazaar dalam cuaca sejuk dan damai. Bazaar Ohh Bazaar bertempat di Rasta TTDI. Booth kami bernombor 21. Pelbagai goodies menarik daripada Chirpy-Cake antaranya:

1. LolliKiss
2. Rainbow Cake
3. Secret Note Cookies
4. Love Potion
5. Chocolate Chip Cookies
6. Peluang deco sendiri cupcake idaman anda dengan pelbagai pilihan cupcake toppers

... dan pelbagai lagi!

Bagi mereka yang ingin lebih mengenali Chirpy-Cake, jumpa kami di Bazaar Ohh Bazaar ya. Anda boleh beli dalam kuantiti sedikit (ataupun banyak eheh) dan InsyaAllah berpuas hati dengan produk kami. Harap dapat berjumpa dengan kalian semua di sana ya. Salam rindu dari Chirpy-Cake :)

No comments: